Force Field Diagnosis | Executive Coaching
Executive Coaching · Oktober 2026 · Minggu 4

Force Field Diagnosis

Satu perubahan yang tersekat, empat langkah, kira-kira 20 minit. Matlamatnya bukan tolak lebih kuat, tetapi cari apa yang menahan dan kurangkan satu daripadanya.

Baca dahulu: apa itu Force Field?

Kurt Lewin, seorang ahli psikologi sosial, menerangkan bahawa setiap perubahan dalam organisasi ditarik oleh dua kumpulan daya. Satu kumpulan menolak perubahan ke depan. Satu lagi menahannya di tempat yang sama. Selagi kedua-duanya seimbang, tiada apa yang berubah. Itulah sebabnya sesuatu yang anda suruh team buat nampak tersekat, walaupun semua orang setuju dalam mesyuarat.

Daya penolakMenolak ke arah perubahan
Daya penahanMenahan keadaan sekarang
Keadaan sekarangPerubahan tersekat
Penolak 9lawanPenahan 12

Cuba kedua-dua butang, atau ketik anak panah penahan untuk mengurangkannya. Perhatikan skor dan garisan tengah.

Panjang anak panah menunjukkan kekuatan daya (1 lemah, 5 sangat kuat). Simulasi ini gambaran konsep, bukan ukuran saintifik sebenar.

→ Daya penolak

Kenapa perubahan ini perlu berlaku? Apa sahaja yang membuatkan perubahan perlu, mendesak atau diingini.

  • Arahan atau sasaran daripada pihak atasan
  • Aduan pelanggan, atau kesilapan berulang
  • Masa dan kos terbazir dengan cara lama
  • Pesaing atau industri bergerak ke depan
  • Team penat dengan masalah sekarang

Biasanya mudah dikenal pasti. Inilah yang selalu disebut dalam mesyuarat.

⚓ Daya penahan

Kenapa team belum buat lagi? Apa sahaja yang membuatkan team berat hati, susah atau belum bersedia.

  • Takut tersilap, malu atau risau ditegur
  • Tak tahu cara, belum dilatih
  • Kerja sedia ada sudah penuh
  • Cara lama biasa dan terasa lebih cepat
  • Tak nampak manfaat untuk diri sendiri

Jarang disebut terus-terang. Selalunya muncul sebagai “angguk dalam mesyuarat, tapi tak buat”.

Penting: daya penahan bukan bermaksud staff degil. Dari sudut mereka, sebab itu munasabah. Tugas leader ialah mencari sebab itu, bukan menyalahkannya.

Yang biasa kita buat

Tambah daya penolak: ingatkan lagi, tegur, tambah tekanan. Tetapi bila ditolak kuat, daya penahan boleh turut menguat. Team makin penat dan perubahan tetap tak jadi.

Yang lebih berkesan

Cari apa yang menahan, dan kurangkan satu daripadanya. Bila penahan berkurang, perubahan boleh bergerak dengan usaha yang lebih kecil.

Tekan minyak lebih kuat

Tayar berputar, lumpur terpercik, tetapi kereta masih di tempat yang sama.

Tekan untuk lihat simulasi.

Keluarkan lumpur di bawah tayar

Bila halangan dikurangkan, kereta bergerak dengan tekanan minyak biasa.

Tekan untuk lihat simulasi.

Minyak = daya penolak   ·   Lumpur = daya penahan

Contoh ringkas: Anda mahu team hantar laporan mingguan dalam sistem baru. Daya penolak: atasan mahukan data. Daya penahan: staff takut nampak tidak pandai bila tersilap dan cara lama terasa lebih cepat. Jadikan sistem selamat untuk dicuba, bukan tambah peringatan.

Semak faham: penolak atau penahan?

Enam situasi daripada contoh laporan mingguan. Pilih jawapan untuk setiap satu.

0 / 6 dijawab

    Contoh penuh: laporan mingguan dalam sistem baru

    Empat langkah telah diisi. Nota di hujung setiap langkah menerangkan sebabnya. Contoh ini tidak boleh diubah.

    Sudah faham contohnya? Isi situasi anda sendiri.

    Force Field Analysis: Kurt Lewin, Field Theory in Social Science (1951).Isian disimpan dalam pelayar. Hanya apabila butang Hantar ditekan, isian akan dihantar ke Google Sheets yang dikonfigurasi. Jangan masukkan maklumat sulit.